Cantik Di Hati


Jangan kita terikat dengan dunia
semuanya hanya pinjaman semata-mata,
belajarlah untuk melepaskan segalanya
agar bila tiba masanya kita tidak akan gundah gulana"


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah s.w.t
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Friday, September 25, 2015

PART 2: Cara claim duit yuran guna KWSP

Masa yang diambil untuk menyambung entry ini lebih kurang setahun. Boleh masuk rekod tahunan ' had been missing for one year'!. Haha, maafkan saya wahai belog, masa yang ada terlalu sempit dan berkecamuk dengan dunia baruku, dunia kerja sambil belajar. Baiklah, hari ini aku nak update mengenai pembayaran yuran master di Universiti Malaya. Since my ipar-duai bertanya mengenainya semalam, lebih baiklah aku terus tulis jawapan kepada persoalan anda semua disini. 

Pertama kali aku bayar yuran di Universiti Malaya, aku bayar guna Maybank Debit Kad sebanyak RM2697.00 kalau aku tak silap. Mau menangis aku membayar yuran waktu itu. Actually ada kisah sedih disebalik nak bayar yuran tu. Memang macam drama Malaysia betul lah bezanya ini pasal belajar bukan pasal cinta. Waktu aku nak bayar yuran itu, duit aku tak cukup lagi sebab aku kan baru posting jadi cikgu jadi duit gaji tak dapat lagi. Jadi aku fikir bolehlah bayar guna installment dahulu, Maksud aku bayar berapa yang ada dulu lepas tu daftar, then baru bayar baki yuran itu. Duit aku dalam bank untuk bayar yuran ketika itu baru RM1500.00 kalau tidak silap. (aku terfikir terus, awatlah aku xdaftar kat UPSI kan murah). Aku dengan semangat pergilah daftar, sampai di kaunter pembayaran aku nak bayarlah dahulu jumlah yang ada, MAKCIK dekat kaunter itu boleh pula cakap dengan LANTANG dan KUATNYA macam kat pasar yang kena bayar jumlah itu juga. Aku pon kata ' Saya bayar dulu jumlah ini ye, lepas daftar baru habiskan bayar'. Dia kata ' Xboleh, awak pinjamlah duit sapa-sapa bayar yuran ni baru boleh daftar'. Gila mak nenek dia, aku rasa TERHINA sangat time itu. Menangis jantungku beb. Padahal dulu time DEGREE ada orang bayar RM250 je selebihnya tunggu PTPTN. Apa lagi, beransur lah aku pergi meninggalkan IPS UM tu dengan derai airmata. Ingat balik, Ya ALLAH, sedihnya. Alhamdulillah, keesokan harinya ada rezeki untuk bayar yuran. Nasib baik suami ada, ada lah tempat mengadu. Baiklah, tamat CERITA SEDIH. 


Cara Memohon Pengeluaran Pendidikan KWSP.

 1. KWSP 



2. Log in > Pengeluaran > Borang Pengeluaran > Pengeluaran Pendidikan > Isi Borang > Hantar Permohonan > Cetak 

3. Sediakan Salinan Kad Pengenalan   
Sila pastikan Kad Pengenalan tu, anda CROSS ye sebab benda itu WAJIB dibuat sebenarnya, itu pun aku belajar bila kerja dekat United Overseas Bank dahulu. WAJIB katanya, langkah keselamatan. Kalau nak SAHKAN boleh juga, tapi aku hari itu tak sahkan pon sebab malas. Alhamdulillah diterima. 


4. Salinan Surat Tawaran Belajar 
Ini adalah PART yang jangan sekali-kali dilupakan khusus untuk Mahasiswa yang baru PERTAMA KALI memohon pengeluaran pendidikan.  Kalau sudah kedua atau beberapa kali DIKECUALIKAN. Pastikan anda bawa salinan surat tawaran apabila bawa ke KWSP dan apabila memohon surat PENGESAHAN PENDAFTARAN PELAJAR. kenapa? Mereka sangat cerewet Hokay! Dia tak kisah berapa penat kau jalan kaki masuk UM tapi kau tetap kena ada benda nie.  

moonohbulan.blogspot.com

aku punya tak tau mana dah, pendrive banyak betul.. pinjam kat kawan kita nie ea. 


5. Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar 
Surat ini diperlukan untuk membuktikan bahawa kita ini adalah sememangnya pelajar universiti tersebut. Kalau di UM prosedurnya, aduyaiiiii mau menangis ketiak untuk dapatkan sekeping surat berharga ini. Kenapa? Anda pastikan salinan ic, resit pembayaran (kalau dah buat) dan surat tawaran (pertama kali pohon) dan borang pengesahan pendaftaran pelajar ambil di Bendahari itulah.  Selepas dah berjaya serahkan, sila TUNGGU selama SEMINGGU ye baru surat itu siap. Jadi anda sabar-sabarlah sikit.  Sebab bila ini dah settle kau boleh pergi KWSP terus memecut guna motorsikal kau dan pergilah SUBMIT di KWSP. In shaa ALLAH seminggu selepas itu akan masuk akaun kita.  Tapi ini kalau yang CLAIM selepas dah bayar yuran guna duit sendiri. 

ambil dkt mr. google. (aku punya malas nak cari)

Kalau anda nak bayar guna KWSP ni pon boleh, saya pernah buat semester II tapi punyalah lambat prosedur tu, lambat sebab KWSP dah proses tapi BENDAHARI UM selagi tidak terima pembayaran masuk dalam AKAUN BENDAHARI UM maka anda akan berendam air mata tak dapat nak CONFIRM REGISTRATION kerana dikira belum bayar. Tapi jangan risau tunjuk je surat mengesahkan KWSP dah bayar. Dan selepas itu, rajinlah follow up Bendahari UM dan IPS UM. Pastikan mereka benarkan anda CONFIRM registration. 

6. Salinan Muka Depan Akaun Bank 
Salinan ini perlu jikalau anda nak CLAIM duit anda, kalau tak.. mcm mana duit nak masuk kan? Sila cross juga ye. Jangan biarkan ur dokumen terdedah begitu sahaja. Kang ko p Bank Negara lain jadinya. 

Baiklah,  berakhirlah cerita hari ini.  Semoga berjaya semuanya. Sebelum itu kan, ada orang kata kenapa nak keluarkan duit KWSP bukankah sayang. Senang je aku jawab, takpelah ambil je lah sama je kot. Duit kita juga, kalau kau kaya takpelah juga kan. Hahahaha. Lgpun aku ni cikgu, jadi sebelum aku dapat TARAF BEPENCEN TETAP aku rasa keluarkan lah untuk kebaikan. In shaa ALLAH.


Jauh nun disinun,

Eni Shinoda


5 comments:

kak pb said...

Singgah baca je ni. Kakpb pun sama busy tah hape2:-)

Yaa Hariz said...

Habis tu kalau xada duit nak byr boleh ke kita keluarkan? Lepas tu boleh claim semula ke?

muhd husaini said...

Saya berminat nak sambung di UM.. harap dipermudahkan.. trima kasih kak atas perkongsian..

muhd husaini said...

Saya berminat nak sambung di UM.. harap dipermudahkan.. trima kasih kak atas perkongsian..

Shareil Suhaimi said...

Assalamualaikum, izinkan saya bertanya. Saya baru je tahu tentang e-kwsp untuk uitm ni. Tapi saya dah pun habis belajar dan telah bekerja. Masa belajar dulu parents yang biaya dan saya tiada membuat pinjaman. So adakah duit kwsp tu boleh di 'claim' untuk membuat bayaran untuk perkara-perkara lain? contohnya duit yang di'claim' atas nama saya tu, digunakan untuk biaya pembelajaran adik saya pula.

Terima Kasih.
Maaf ye jika soalan saya ni tak logik hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...