Cantik Di Hati


Jangan kita terikat dengan dunia
semuanya hanya pinjaman semata-mata,
belajarlah untuk melepaskan segalanya
agar bila tiba masanya kita tidak akan gundah gulana"


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah s.w.t
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Sunday, September 21, 2014

cara nak daftar Master/ Ijazah Tinggi di UM

Assalammualaikum 



Dalam tempoh setahun aku bergelar ALUMNI UPSI akhirnya kini aku diberikan rezeki oleh ALLAH s.w.t untuk melanjutkan pelajaran ke universiti idaman selama ini dalam peringkat yang lebih tinggi. Dulu impian selepas habis saja Ijazah aku akan terus sambung belajar master di mana-mana universiti. Tapi Allah itu sebaik-baik penentu, dan kita hanya merancang. Allah s.w.t memberikan rezeki yang lebih baik dulu iaitu mendirikan MASJID dengan suami tercinta kini.  Dalam tempoh melayari bahtera bersama suami tercinta, banyak suka duka dialami dan dihadapi kami berdua. Dan berkat doa selama ini dengan dorongan suami dan ibu bapa tercinta, akhirnya hari ini aku suda genap 2 minggu bergelar MAHASISWI UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR. Sebelum tu, nak ucap TAHNIAH, TAHNIAH, TAHNIAH kepada UM sebab berjaya merangkul tempat pertama ranking Universiti Terbaik Malaysia dan tempat 151 di dunia. Alhamdulillah, kejayaan ini membuatkan aku berasa bertuah dapat menjadi pelajar UM walaupun baru sekejap. Hehehe.  


Aku berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar Master of Arts Southeast Asia History secara mixed mode. Apabila kita ada hati nak menjadi pejuang master nie, kita kena bijak memilih mode untuk menyempurnakan master kita. Ada tiga mode iaitu coursework, coursework and research (mixed mode) dan full research. Dulu selepas aku habis Ijazah aku memang nak ambil full research tapi asyik tertangguh saja sebab aku tak tau nak kaji apa dan karang apa dalam proposal aku. Akhirnya setahun juga lah aku menghilangkan diri dan membiarkan masa berlalu begitu sahaja. Lama-kelamaan aku sedar aku dah buang masa aku dengan memikirkan tajuk apa nak buat. Jadi aku putuskan nak ambil mixed mode. kalau coursework pula kelas sahaja jadi sesuai lah untuk orang yang suka pegi kelas dan tak suka buat research. Aku pilih mixed mode sebab aku nak ambil ilmu pengetahuan dulu dari kelas dengan lecturer dan nak guideline tentang research yang akan aku buat nanti. Lagipun aku bekerja kan sebagai seorang guru yang memerlukan komitmen yang besar dan tanggungjawab sebagai isteri, maka aku putuskan menghadiri kelas dan pada masa yang sama membuat research. 


Panjang ceritakan, baik bila da putuskan mode apa nak ambil, sila lah bersedia untuk meriki-riki unibersiti mana hangpa nak masuk. Aku first nak masuk UKM sebab dekat dengan Kajang, tapi memandangkan aku dah bekerja di Kota Damansara, makanya aku memohon di UM sebab dekat. Dan UM nie aku da biasa sejak dari semester 1 lagi sewaktu belajar di UPSI. Bila da DECIDE unibersiti mana, naaaa apalagi sila tengok bila dia buka permohonan kemasukan dia. Dan ingat ea, kalau mau masuk UM sila SCAN anda punya dokumen semua kerana semuanya guna ONLINE sekarang nie.

     Antara yang dia perlukan ialah :

- Salinan kad pengenalan
- Salinan Sijil Ijazah
- Salinan Transkrip Akademik
- Salinan Transkip Kokurikulum
- Surat Tamat Belajar (bagi yang baru habis belajar tu kalau belom KONVO)
- Salinan Offer letter (yang bekerja)
- jangan lupa beli PIN NUMBER di CIMBCLICKS pon bole

semua dokumen ni kena di PDF kan untuk online application dan fotostat untuk bawa bila pendaftaran



Alhamdulillah hari itu aku APPLY dalam pertengahan bulan MEI 2014, dan aku dapat TAWARAN pada pertengahan JULAI 2014 rasanya. Dalam tempoh menunggu result tue, sila lah hendaknya pastikan anda mengumpul duit untuk membayar yuran pendaftaran. Kalau di Universiti Malaya mahal sedikit, kena sediakan RM2000 - RM3000. Kumpul jangan tak kumpul. Setakat nie, UiTM yang paling murah. Senior aku kat office kata di UM master sahaja dalam RM1000 kebawah. Gilos punya murah. Alhamdulillah, oleh itu hargailah UiTM. Hehehehe.

Bila surat tawaran sudah keluar, silalah anda melaksanakan perkara berikut iaitu:

- SAHKAN salinan dokumen yang di atas
- buat Medical Check UP
- Bayar Yuran
- Apply Biassiwa

(keempat-empat ITEM di atas aku akan ceritakan di Entry lain sebab ada kenangan manis dan pahit )


Kalau dah laksanakan yang di atas, barulah anda bergembira sebab baru boleh mendaftar yeah!!! Apabila mendaftar pastikan semuanya sudah settle, kalau tak anda akan terpaksa melayan karenah BIROKRASI pentadbir Universiti yang bajet hebat. Hahahaha. Jangan marah, gurau saja. 


Dalam sesi pendaftaran pula, anda akan melalui banyak stesen, meh aku bagitau, tapi ini contoh Universiti Malaya ea, mungkin tak sama dengan universiti lain :

Stesen 1 : Periksa dokumen sama ada Cukup atau Tidak
Stesen 2 : Tunjukkan Slip bayaran atau membuat bayaran bagi yang belum dalam bentuk DIRECT DIBET atau CREDIT CARD.
Stesen 3 : membuat kad matrik dan anda akan dapat sourvenir kat situ
Stesen 4 : anda kena hantar laporan medical check up dan Xray anda
Stesen 5 : Anda kena daftar email universiti, portal dan subjek anda
Stesen 6 : Sila balik rumah sebab dah habis.. Hahahaha


Baiklah, setakat itu sahaja hari ini. Nanti kita jumpa ENTRY lain pasal YURAN, MEDICAL CHECK UP Dan DAFTAR SUBJEK ... Selamat mencuba semuanya. Kena ingat " Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita sendiri menginginkan dan ingin merubah nasib kita. Good luck semua!!!



10 comments:

Zahora Ahyan said...

nak smbung jugak.. :(

isterisihelmi 89 said...

silakan sambung dear!!
semoga berjaya...
akak support...

Chihiro Kai said...

kak erni!! lama x jumpa...
nice entry, good job...

hit me back at www.sharing2-ma.blogspot.com

zana fahmi said...

Assalamualaikum Eni... kwn baru kbba melawat��

mohd azmi said...

spm pon blom abes lagi... macam mana mo amek master... hahahaha... sebenar nya hilang minat belajar... ntah napa... huhuhu

isterisihelmi 89 said...

Waalaikumsalam Zana Fahmie, Gitu KBBA tue.. terharu kita...

Mohd Azmie_: Takpe, muhasabah diri.. kuatkan semangat.. cari apa yang kita nak sebenarnya.. Jangan ikut orang okey...

Nabila Syifa said...

follow sini #254.hit me back maybe

Shishio said...

Hi, nak tanya. Pendaftaran di stesen 1 hanya cek dokumen cukup ke tidak je? Tidak padan butiran transcript dengan registrasi online? Lepas tu semua mereka simpan yang True Copy? Terima kasih in advance.

Saqifah Sholahudin said...

Salam. Nak tanya? Master mix mode pengajian islam berapa tahun eh? 2 tahun ke??

Unknown said...

Akak nak tanya.. Ada tak muet diperlukan bagu buat masters..? Saya baru habis degree.. Nak cont masters.. Tapi tak ambil muet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...